SEJARAH
PENUBUHAN PKBP SK CVS
Pada
awal penubuhan kelas PKBP pada 3 Januari 2002, Cikgu Mary Menai dipertanggungjawapkan
untuk mengurus kelas tersebut. Di mana pada ketika itu jumlah pelajar seramai 7
orang.
Berikut
merupakan kronologi ringkas berkenaan perkembangan Kelas PKBP SK CVS., sehingga 2010.
2004-2005
Cikgu Bujang Badi
dilantik untuk membantu mengendalikan kelas PKBP. Bilangan murid bertambah dari 7 ke 10 orang.
2005-2006
Tenaga pengajar
ditambah, berikutan peningkatan jumlah pelajar dari 10 ke 18 orang. Oleh yang
demikian Cikgu Maxwell John Pagang dilantik.
2006-2008
Cikgu Maxwell John
Pagang melanjutkan pelajaran ke UPSI. Pada tahun yang sama 3 murid menyertai
Program Intergrasi ke tingkatan 1 di SMK Kapit.
Jumlah murid
bertambah dari 18 ke 20 orang dan dua
orang guru, Cikgu Abdul Rashid (berpindah pada Disember 2007) dan Cikgu Intan
Jimbang dilantik untuk membantu memperkasakan jentera pentadbiran dan
pendidikan anak-anak istimewa ini. Pada tahun yang sama Jawatan Pembantu
Pengurusan Murid (PPM) diperkenalkan.
Empat buah kelas diwujudkan dan murid dibahagikan kepada empat buah kelas
mengikut aras masalah pembelajaran mereka. Seorang PPM ditugaskan pada tahun
tersebut.
2008-2009
Cikgu Teresa Kawin dari opsyen Pendidikan Khas (KPLI) telah dilantik untuk
mengajar kelas PKBP. Bilangan murid telah bertambah dari 20 ke 27 orang. 3 orang murid telah memasuki Program Intergrasi Tingkatan 1 di SMK Song. Pada 7Januari 2009 Cikgu Mohd. Rizalman b. Nor
dilantik bagi menambah keperluan guru
PKBP SK. CVS. Dua orang PPM ditugaskan pada tahun tersebut menjadikan jumlah
PPM dari 1 ke 3 orang.
2009-2010
Cikgu
Irwandi b. Holly dari opsyen Pendidikan
Khas (KPLI) melapor diri pada Januari 2010. Satu lagi kelas dibuka menjadikan 5 kelas
bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Oleh yang demikian jumlah
PPM juga ditambah seorang dari 3 ke 4 orang. Sehingga Julai 2010 jumlah
pelajar PKBP SK CVS sejumlah 31 orang, 7 guru dan 4 Pembantu Pengurusan Murid.
VISI
Menyediakan
perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas ke arah
kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara
MISI
Menyediakan
pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan
mereka insan yang dapat berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan
bakti kepada masyarakat dan negara.
MOTTO
Kecermelangan
insan istimewa kegemilangan bersama
0 comments:
Post a Comment