Label

Powered by Blogger.

Sunday 8 February 2015

Kau datang dan Pergi

Tahun 2015 menjelma. Namun pada tahun 2014, tiada update dari Admin mahupun SK Cardinal Vaughan sendiri. Admin meminta maaf.

Tahun 2015 melihat ramai guru serta staf yang berpindah. Berikut ialah senarai guru dan staf yang berpindah:
1. En. Mohd Khairul AZhar bin Mohamad Latif (Johor)
2. Pn. Nur Nadia (SK Nanga Janan-Mengikut suami)
3. Cik Zulaikha Fawzerin (Kuala Lumpur)
4. Pn. Norshazleen binti Salleh (Terengganu)
5. En. Muhammad Baihaqi (Perak)
6. Pn. Eflajura Ami (Sabah)
7. Cik Nur Hafizah binti Rafawi (Johor)


SK Cardinal Vaughan mengucapkan TAHNIAH serta TERIMA KASIH kepada mereka yang telah berkhidmat di sini. Jasa baik anda sangat dihargai.

En Azhar
En. Baihaqi
Pn. Eflajura


Pn. Nur Nadia

Cik Nur Hafizah

Cik Zulaikha Fawzerin

Saturday 7 September 2013

Kad Matrik Staf SK CVS

Tahun ini SK Cardinal Vaughan membuat kelainan dari tahun-tahun sebelumnya.
Hasil kerjasama ADMIN dan juga En. Irwandi, kami telah menghasilkan kad matrik untuk staf SK Cardinal Vaughan.

Design kad ini telah direka oleh En Irwandi. Credit untuk beliau kerana banyak menghabiskan masa untuk design dan susun atur kad ini.
ADMIN hanya hulurkan bantuan teknikal, studio, dan juga software design, Adobe Illustator.
Kad ini hanya sah sehingga januari 2015 sahaja.

Sunday 25 August 2013

Percubaan UPSR

Salam 1 Malaysia.
Pada minggu ini, para pelajar Tahun 6 akan menduduki Percubaan UPSR 2013. Peperiksaan akan berlangsung selama 3 hari. ADMIN ucapkan agar para pelajar SK Cardinal Vaughan, Song menjawab soalan percubaan bersungguh sungguh dan bermati matian.
Sesungguhnya ibubapa kamu semua mengharapkan kamu membawa pulang kejayaan, bukan permainan.

Friday 5 July 2013

Selamat Datang

ADMIN mengucapkan Selamat Datang kepadabguru guru baharu. Seramai 8 orang guru baharu dari serata tempat datang untuk berkhidmat untuk SK Cardinal Vaughan.

ADMIN nasihatkan kepada guru guru baharu ini,
1. Jaga hubungan antara guru guru lama
2. Jaga hubungan antara kamu dan guru besar
3. What you see is what you get. Meaning, apa saja tanggungjawab yang diberi, terima dan lakukan dengan sebaiknya.
4. Jaga perlakuan anda semasa di SK Cardinal Vaughan kerana anda semtiasa diperhatikan.

Tuesday 2 July 2013

Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform

Pada 20 hingga 22 Jun yang lepas, SK Cardinal Vaughan, Song telah menganjurkan satu perkhemahan bersepadu peringkat sekolah. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah. Peserta merupakan ahli ahli TKRS, BSMM, dan juga Pengakap. Seramai 100 kadet mewakili uniform masing masing menyertai perkhemahan ini dan seramai 15 guru pengiring.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti memasak, gajet, malam kebudayaan, dan lain lain lagi. Berikut ADMIN sertakan gambar sepanjang perkhemahan.