Label

Powered by Blogger.

Maklumat CVS

Sejarah Penubuhan

SK Cardinal Vaughan, Song (SK CVS) terletak di tebing Sungai Katibas dan bersebelahan dengan Pejabat Pelajaran Daerah Song. SK CVS mula dibina pada tahun 1956. Pengasas kepada pembinaan sekolah ini ketika itu ialah Reverend Father O’ Brain (Orang Belanda) dan Kaunselor Ling Chai Teh.

Tapak untuk membina sekolah ini adalah sumbangan percuma Kapitan Chua Hook Teck. SKCVS mula beroperasi pada tahun 1956. Cikgu Sigie ak Ngelambong merupakan guru perintis dan sekaligus sebagai guru besar ketika itu.

Pada hari pertama persekolahan, hanya 12 orang murid melapor diri. Bagaimanapun pada akhir tahun tersebut enrolmen bertambah menjadi 85 orang. Murid-murid yang menuntut di sekolah ini terdiri daripada anak-anak petani, buruh dan kakitangan kerajaan yang tinggal di persekitaran pekan Song dan 7 buah rumah panjang yang berdekatan. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada bangsa Iban (majoriti), Melayu, Melanau, Kayan, Cina, Kenyah dan lain-lain.



Logo Sekolah


Visi Sekolah
SK Cardinal Vaughan Cemerlang 2015
Misi Sekolah
Memberi Sumbangan Ke Arah Menghasilkan Pendidikan Berkualiti Dan Murid Beretika.
Moto Sekolah
Ilmu Ketrampilan Insan Matlamat Menghasilkan Insan Yang Berilmu, Beretika dan Berwawasan Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara.


Objektif
  • Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan bagi meningkat prestasi pencapaian dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah dari segi kualiti dan kuantiti.
  • Meningkatkan keprihatinan dan komitmen para pelajar dalam bidang kokurikulum di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
  • Membina perlakuan amalan mulia sebagai budaya yang berterusan dalam menjalani hidup seharian.
  • Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih dan ceria.
  • Memperbanyakkan sesi perkembangan staf dan latihan dalam perkhidmatan bagi semua guru selaras dengan keperluan semasa.
  • Mengurus tadbir semua sumber pendidikan dengan cekap dan berkesan. 

Guru Besar
En. John Khoo Chong Bie

Penolong Kanan
En. Silas Tirau Medan

Penolong Kanan HEM
En. Musa Lias

Penolong Kanan Kokurikulum
En. Gibson Kee

Penolong Kanan Pendidikan Khas Kelas Integrasi
Pn. Mary Menai



Lagu Sekolah

Sekolahku tersergam indah
Kukuh teguh berdiri
Mendidik anak bangsa
Tanpa kenal erti jemu

Pendidik berbilang bangsa
Menjulang cita-cita
Pada nusa dan bangsa
Untuk hidup sejahtera

Cardinal Vaughan gedung ilmu
Anak watan pendidik
Dedikasi dan teguh
Menuju masa depan

Berkorban semangat juang
Menuju cita-cita
Kau tempatku berdiri
Menjulang kejayaan

Sekolahku megah indah
Abadi sepanjang zaman
Sejak tahun 1956
Namamu teguh di depan


Hubungi SK Cardinal Vaughan, Song
SK Cardinal Vaughan,
96850, Song,
Sarawak

No Tel : 084-777475
No. Faks : 084-777475

0 comments: