Label

Powered by Blogger.

Kokurikulum

KELAB DAN PERSATUAN

LATAR BELAKANG

Inisiatif dan usaha menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, diangotai dan digerakkan oleh murid-murid adalah selaras dengan harsat menggiatkan lagi pelaksanaan program aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah seluruh negara. Malah Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut:-

Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,

  • Hobi dan rekreasi;
  • Sukan dan permainan;
  • Badan beruniform; atau
  • Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar.


Usaha menubuhkan kelab atau persatuan di sekolah adalah juga usaha kependidikan yang penting, khususnya untuk menyemai dan memupuk prinsip, kaedah dan kemahiran kepimpinan di kalangan murid, di samping membangunkan diri mereka menjadi insan yang mewarisi dan menghayati keseluruhan ciri-ciri kecemerlangan murid yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Sehingga kini inisiatif dan usaha sekolah menubuhkan kelab atau persatuan yang dipimpin, dianggotai dan digerakkan oleh murid-murid amatlah menggalakkan. Inisiatif dan usaha ini akan memberi impaks yang lebih besar kepada penyemarakkan kegiatan kokurikulum sebagai sebahagian daripada program pendidikan di sekolah, apabila pengetahuan, kesungguhan dan kemahiran murid-murid memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan yang ditubuhkan itu dipertingkatkan secara bersepadu dan berterusan.

Antara Kelab dan Persatuan yang ada di SK Cardinal Vaughan ialah:
  • Unit Pakaian Seragam
    • Tunas Kadet Remaja Sekolah
    • Pengakap
    • Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Kelab
    • PALS
    • Doktor Muda
    • Kebudayaan
    • Kelab Rukun Negara
    • Kelab Perpustakaan
  • Persatuan
    • Bahasa Inggeris
    • Bahasa Melayu
    • Sains dan Matematik

1MURID 1SUKAN

LOGO 1M1S


PENGENALAN


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mewujudkan Bahagian Sukan sebagai sebuah bahagian yang berasingan dari Bahagian Kesenian dan Kokurikulum pada 29 Julai 2010. Pengstrukturan semula ini adalah bagi menjadikan sukan sebagai aktiviti utama dalam sistem pendidikan Negara.

Dengan ini Bahagian Sukan akan bertanggungjawab ke arah mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah supaya semua murid melibatkan diri dan disamping itu juga meneruskan aktiviti sukan yang menjurus kepada kecemerlangan sama ada di peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa.
Dasar 1Murid 1Sukan (1M 1S)

Pada 17 Mac 2010, Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan dasar 1M 1S bagi menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti sukan sepanjang tahun persekolahan mereka. Bagi mencapai hasrat tersebut, KPM mengambil inisiatif berikut:

  • Sekolah membuat perancangan aktiviti sukan secara berterusan;
  • Aktiviti sukan diperluaskan kepada semua murid;
  • Pada hari mata pelajaran Pendidikan Jasmani diadakan, murid berkenaan boleh memakai pakaian sukan sepanjang hari;
  • Menjalinkan kerjasama perkongsian kemudahan sukan dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain agensi kerajaan;
  • Meningkatkan peruntukan bantuan murid untuk aktiviti sukan.
Sebuah Jawatankuasa Ad-hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan bagi merancang dan memantau dasar serta pelaksanaan 1M 1S.

LAGU 1MURID 1SUKAN
(KLIK SINI UNTUK LAGU)

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Bersatu Kita Wujudkan Perpaduan
Tingkatkan Kecemerlangan 1 Bangsa Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara
Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1 Murid 1 Sukan Terus Cemerlang

Amalkan Semangat Kesukanan
Tingkatkan Mutu Sukan Malaysia
Semangat Setiakawan Amalan Kita
Semoga Rakyat Makmur Sejahtera Malaysia

Berdisplin Bersukan Meningkatkan Imej Negara
Melahirkan Bangsa Sihat 1 Malaysia
Demi Mencapai Wawasan Negara

Semarakkan 1 Murid 1 Sukan
Menjadi Contoh Pelajar Terbilang
Peningkatan Ilmu Dan Beramal
1 Murid 1 Sukan Terus Cemerlang
Kita Jayakan


1Murid 1Sukan SK Cardinal Vaughan, Song

Sepak Takraw
Guru Penasihat: En Brain

Bola Baling
Guru Penasihat: En Irwandy

Bola Sepak
Guru Penasihat: En Asni


Bola Tampar
Guru Penasihat: En Ron Wee


Bola Jaring
Guru Penasihat: 



MENCARI BAHAN-BAHAN MENGENAI 1MURID 1SUKAN?
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD.


0 comments: