Label

Powered by Blogger.

Saturday 7 September 2013

Kad Matrik Staf SK CVS

Tahun ini SK Cardinal Vaughan membuat kelainan dari tahun-tahun sebelumnya.
Hasil kerjasama ADMIN dan juga En. Irwandi, kami telah menghasilkan kad matrik untuk staf SK Cardinal Vaughan.

Design kad ini telah direka oleh En Irwandi. Credit untuk beliau kerana banyak menghabiskan masa untuk design dan susun atur kad ini.
ADMIN hanya hulurkan bantuan teknikal, studio, dan juga software design, Adobe Illustator.
Kad ini hanya sah sehingga januari 2015 sahaja.

Sunday 25 August 2013

Percubaan UPSR

Salam 1 Malaysia.
Pada minggu ini, para pelajar Tahun 6 akan menduduki Percubaan UPSR 2013. Peperiksaan akan berlangsung selama 3 hari. ADMIN ucapkan agar para pelajar SK Cardinal Vaughan, Song menjawab soalan percubaan bersungguh sungguh dan bermati matian.
Sesungguhnya ibubapa kamu semua mengharapkan kamu membawa pulang kejayaan, bukan permainan.

Friday 5 July 2013

Selamat Datang

ADMIN mengucapkan Selamat Datang kepadabguru guru baharu. Seramai 8 orang guru baharu dari serata tempat datang untuk berkhidmat untuk SK Cardinal Vaughan.

ADMIN nasihatkan kepada guru guru baharu ini,
1. Jaga hubungan antara guru guru lama
2. Jaga hubungan antara kamu dan guru besar
3. What you see is what you get. Meaning, apa saja tanggungjawab yang diberi, terima dan lakukan dengan sebaiknya.
4. Jaga perlakuan anda semasa di SK Cardinal Vaughan kerana anda semtiasa diperhatikan.

Tuesday 2 July 2013

Perkhemahan Bersepadu Badan Beruniform

Pada 20 hingga 22 Jun yang lepas, SK Cardinal Vaughan, Song telah menganjurkan satu perkhemahan bersepadu peringkat sekolah. Perkhemahan ini dianjurkan oleh Tunas Kadet Remaja Sekolah. Peserta merupakan ahli ahli TKRS, BSMM, dan juga Pengakap. Seramai 100 kadet mewakili uniform masing masing menyertai perkhemahan ini dan seramai 15 guru pengiring.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan seperti memasak, gajet, malam kebudayaan, dan lain lain lagi. Berikut ADMIN sertakan gambar sepanjang perkhemahan.

Monday 10 June 2013

Selamat Kembali ke Sekolah


Walaupun da bersekolah hari ini, ADMIN rasa masih belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH pada semua rakan setugas di SK Cardinal Vaughan.

Hari ini bermula lah persekolahan untuk penggal kedua. ADMIN rasa semua sudah siap bersedia untuk menghadapi penggal kedua kan? Jika belum, tidak mengapa. ADMIN faham akan naluri dan kehendak rakan-rakan semua.

Apa pun, tingkatkan prestasi semua. Jangan terabai tugas tugas penting pula.


Sunday 26 May 2013

Bercuti

ADMIN rasa ramai staf SK Cardinal Vaughan pergi bercuti. ADMIN ucapkan kalau pergi bercuti tu, jangan lupa diri pula ye. Walaupun kita bercuti, tanggungjawab sekolah jangan kita terus lupakan. Walaupun ADMIN sekarang berada dalam kereta pergi bercuti, update blog is a must. ADMIN akan cuba uploadkan bahan-bahan baru ke drive untuk berkongsi dengan rakan sekolah lain.

Thursday 23 May 2013

Selamat Bercuti

Setelah penat selama 1 semester mencurahkan kasih sayang kepada pelajar, maka kita tiba di pertengahan. Cuti Penggal 1. Untuk guru guru, rakan rakan yang drive kereta untuk pulang, ADMIN ucapkan jangan laju laju. Ingatlah orang tersayang. Untuk rakan rakan dari seberang ADMIN ucapkan selamat bawa buah tangan dari semenanjung. Apa pun, cuti kali ini ADMIN harap agar kita isi masa lapang dengan benda benda yang bergyna.

Saturday 11 May 2013

Malam Penutupan PSKPP

Malam ini, berakhirlah PSKPP Song 2013.
Zon 2 berjaya menjadi Johan Kesuluruhan dengan kelebihan 1 mata.
Zon 2 telah berjaya memenangi:
N. Johan Badminton
N. Johan Bola Tampar Lelaki
Ketiga Bola Sepak Campuran
Johan Bola Tampar Perempuan
Johan Sepak Takraw Campuran
N. Johan Futsal
N. Johan Petanque
Johan Ping Pong
Johan Bola Jaring
Keempat Karaoke
N. Johan Sukaneka.

Kepada semua peserta, ADMIN mengucapkan Tahniah.

Monday 6 May 2013

Malam Penutupan PSKPP Song

Pada minggu ini, bermulalah latihan PSKPP Song 2013. Kepada para peserta, walaupun latihan, tanggungjawab sebagai seorang guru wajib dilaksanakan.
Di bawah ADMIN lampirkan jawatankuasa untuk 

Malam Penutupan PSKPP Song 2013





Sunday 28 April 2013

Karnival Pendidikan Khas Peringkat Negeri

Karnival Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak

Tempat    : Kuching
Tarikh      : 7 hingga 10 Mei 2013

Oleh itu, para guru Pendidikan Khas Kelas Integrasi (PKKI) SK Cardinal Vaughan, Song telah giat menjalankan latihan serta pemilihan. Karnival ini terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian pertama pada 7 dan 8 Mei iaitu Olahraga dan bahagian kedua pada 8 hingga 10 Mei iaitu Kesenian.

ADMIN harap para guru PKKI tidak putus semangat dan teruskan perjuangan anda.





Tuesday 23 April 2013

Monday 15 April 2013

Jawatankuasa Program Motivasi Tahun 6

SK Cardinal Vaughan bakal menganjurkan satu program motivasi untuk Tahun 6 yang akan berlangsung pada Khamis ini. Berikut ialah senarainya.

Kokurikulum

Kokurikulum SK Cardinal Vaughan pada minggu ini seperti di bawah.

Taklimat Penyelaras Permainan Peringkat Daerah Song

Satu taklimat bersama sama penyelaras akan dibuat pada Khamis, 18 April 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat, PPD Song. Taklimat ini akan dibuat pada pukul 2.30 petang. Berikut ialah senarai nama Penyelaras Permainan.

Sunday 14 April 2013

Makluman PPD

Berikut ialah makluman PPD Song mengenai PSKPP Song, 2013.




Pertandingan PSKPP Daerah Song 2013
Pembahagian Kumpulan 
Kumpulan 1
[ Zon 1 + Zon 3 ] = Zon 1
Pengurus Kumpulan : En. Jemat Muyang GB SK Beguang
[ Zon 2 + Zon 4 ] = Zon 2
Pengurus Kumpulan : En John Khoo GB SK Cardinal Vaughan
[ SMK Katibas + PPD Song ] = Zon 3
Pengurus Kumpulan : En. Patrick Nojey Pengetua SMK Katibas
[ SMK Song ] Zon 4
Pengurus Kumpulan : Pn. Madam Limok Pengetua SMK Song 
Pemilihan zon sila hubungi pengurus kumpulan masing-masing
harap maklum...




Pesta PSKPP Peringkat Daerah Song 2013
Tarikh : 9-11 Mei 2013
Tempat : Song [ Pelbagai Venue ]
Tema : Segulai Sejalai

Majlis Penutupan
Tarikh : 9-11 Mei 2013
Tempat : Dewan SK Cardinal Vaughan
Masa : 1900

Saturday 13 April 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah, PBS

Ada beberapa persoalan mengenai Apa itu PBS, Bagaimana hendak mentaksir, dan 1001 soalan yang ditanya. Oleh kerana itu, Admin mengambil inisiatif untuk mengemukakan link untuk persoalan persoalan sebegitu.

Soalan mengenai:
1. Konsep PBS
2. Jawatankuasa PBS
3. Pelaksanaan PBS
4. Pentafsir Sekolah
5. Pelaporan
6. Penjaminan Kualiti


Friday 12 April 2013

Beginilah Keadaannya. Gangguan.

Hari ini, Sarawak Electricity Supply Corporation atau lebih dikenali sebagai SESCO telah mengeluarkan notis. Notis itu berbunyi pada 13 April 2013 (ESOK), elektrik akan diberhentikan (ditutup) dari pukul 8 pagi hingga 2 petang. Hal ini berlaku untuk memudahkan para pekerja membuat "pekerjaan didalam kawasan anda". 


Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Di bawah Admin lampirkan senarai mata pelajaran yang masih belum diisi. Admin sebenarnya sedang keliru, adakah belum, sudah diisi atau sudah didaftarkan? Kerana masih terdapat guru-guru yang belum mengisi tetapi sudah mendaftar, dan mata pelajarannya ditanda "sudah diisi". 









PSKPP: Pemilihan Zon 2 2013



PSKPP Zon 2, Song, Sarawak akan berlangsung pada 30 April dan 1 May 2013. Admin sertakan jadual PSKPP untuk Pemilihan Sukan Zon 2.



Thursday 11 April 2013

SK Nanga Engkuah

Satu lagi blog mengenai sekolah di Daerah Song ini ialah SK Nanga Engkuah. Terima kasih kepada Admin SK Nanga Engkuah yang sudi berkongsi blog. Untuk melawati blog SK Nanga Engkuah, sila klik SINI.

Admin sertakan 'print screen' blog SK Nanga Engkuah.


Latihan Pusat Atlet MSS Kapit

Berita daripada PPD Song (melalui Facebook Page)

Latihan Pusat Atlet Mewakili MSS Kapit
Ke Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sarawak di Bintulu.
Tarikh lapor diri : 15 April 2013
Masa : 0900
Tempat : Wharf Song 
Perkara di atas telah dimaklumkan kepada Guru Besar semasa mesyuarat 9/4/2013.


Kepada mereka yang dapat mewakili MSS Kapit, Admin terlebih dahulu mengucapkan TAHNIAH.


i-Cikgu. Bahan Bantu Mengajar

Di sini admin ingin merujuk kepada blog seorang guru yang mengajar di SK Nanga Nyimoh, Song, Sarawak. Guru tersebut telah membuat blog untuk para guru memuat turun bahan-bahan bantu mengajar untuk Pemulihan Khas, Pendidikan Khas, LINUS, Pra Sekolah, Protim, dan lain-lain. Sesiapa sahaja yang ingin mendapakan bahan bantu mengajar ini boleh klik di SINI. Anda juga boleh LIKE facebook page beliau iaitu Bahan Bantu Mengajar.

Admin sertakan juga 'print screen' blog guru tersebut. Silakan melawati blog beliau.




1M1S

1M1S bakal menganjurkan pertandingan bola baling, bola sepak dan juga sepak takraw.
Pertandingan bola baling bakal berlangsung tidak lama lagi.
Bola sepa dan juga sepak takraw juga sedang dirancang dan akan dilaksanakan pada bulan Mei akan datang.
Nantikan notis yang akan dikeluarkan.

Monday 8 April 2013

Jadual Peperiksaan SK CVS

Berikut ialah jadual peperiksaan dan ujian bagi SK Cardinal Vaughan.

Pertandingan Bola Baling Terbuka CVS

Dengan ini, 1Murid 1Sukan Bola Baling SK Cardinal Vaughan akan menganjurkan satu pertandingan terbuka yang akan berlangsung tidak lama lagi. Borang pertandingan boleh diambil daripada Cikgu Irwandi ataupun Cikgu Azuad. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA?

Pencerapan Guru

Para guru SK Cardinal Vaughan, Song bakal dicerap oleh ketua-ketua panitia. Dengan ini, admin mengucapkan selamat maju jaya, dan berikan 100% dalam pengajaran anda.

Sunday 7 April 2013

Guru Pelatih PBS

Guru Pelatih PBS


Baru-baru ini SK Cardinal Vaughan, Song telah dipilih oleh 6 orang Guru Pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1. Kehadiran mereka disambut mesra oleh pihak pentadbiran dan para guru. Banyak pengalaman yang telah mereka perolehi dan banyak maklumat yang telah mereka catat.

Harapan admin agar mereka berjaya dalam pengajian serta menjadi guru yang berjaya pada masa hadapan. Nasihat admin kepada mereka agar jangan membazirkan masa semasa di IPG kerana 5 tahun setengah itu tidak lama. Hanya sekelip mata. Cuba memperbanyakkan skil-skil pengajaran serta perluaskan ilmu anda semua. Semoga berjaya kepada anda semua.

p/s: Jangan main banyak di IPG kelak.

SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Blog SK Cardinal Vaughan yang baru.


Selamat datang juga diucapkan kepada 6 orang guru baharu (2 lelaki dan 4 perempuan) ditempatkan di SK Cardinal Vaughan, dan juga kepada guru yang berpindah ke SK Cardinal Vaughan.

Nama Guru Baharu
1. Cikgu Muhammad Al Fateh (Perak)
2. Cikgu Mohd. Fahmi (Perak)
3. Cikgu Hanna (Berpindah dari SJK C Hing Hua, Sarawak)
4. Cikgu Eflajura Ami (Sabah)
5. Cikgu Hantzebra James (Sabah)
6. Cikgu Rianah Pohong (Sabah)
7. Cikgu Roshy bt Sintam (Sabah)

Semoga dengan adanya guru-guru baharu ini, tugas-tugas sekolah kita akan lebih efisyen. Diharapkan semua staf dapat bekerja dengan penuh semangat tidak kira bagaimana keadaan kita.