Label

Powered by Blogger.

PKKI


SEJARAH PENUBUHAN PKBP SK CVS

Pada awal penubuhan kelas PKBP pada 3 Januari 2002, Cikgu Mary Menai dipertanggungjawapkan untuk mengurus kelas tersebut. Di mana pada ketika itu jumlah pelajar seramai 7 orang.

Berikut merupakan kronologi ringkas berkenaan perkembangan Kelas PKBP SK CVS., sehingga 2010.

2004-2005
Cikgu Bujang Badi dilantik untuk membantu mengendalikan kelas PKBP. Bilangan murid bertambah dari 7 ke 10 orang.

2005-2006
Tenaga pengajar ditambah, berikutan peningkatan jumlah pelajar dari 10 ke 18 orang. Oleh yang demikian Cikgu Maxwell John Pagang dilantik.

2006-2008
Cikgu Maxwell John Pagang melanjutkan pelajaran ke UPSI. Pada tahun yang sama 3 murid menyertai Program Intergrasi ke tingkatan 1 di SMK Kapit.

Jumlah murid bertambah dari 18 ke 20  orang dan dua orang guru, Cikgu Abdul Rashid (berpindah pada Disember 2007) dan Cikgu Intan Jimbang dilantik untuk membantu memperkasakan jentera pentadbiran dan pendidikan anak-anak istimewa ini. Pada tahun yang sama Jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) diperkenalkan.

Empat buah kelas diwujudkan dan murid dibahagikan kepada empat buah kelas mengikut aras masalah pembelajaran mereka. Seorang PPM ditugaskan pada tahun tersebut.

2008-2009
Cikgu Teresa Kawin dari opsyen Pendidikan Khas (KPLI) telah dilantik untuk mengajar kelas PKBP. Bilangan murid telah bertambah dari 20 ke 27 orang.  3 orang murid telah memasuki Program  Intergrasi Tingkatan 1 di SMK Song.  Pada 7Januari 2009 Cikgu Mohd. Rizalman b. Nor  dilantik bagi menambah keperluan guru PKBP SK. CVS. Dua orang PPM ditugaskan pada tahun tersebut menjadikan jumlah PPM dari 1 ke 3 orang.

2009-2010
Cikgu Irwandi b. Holly dari opsyen Pendidikan Khas (KPLI) melapor diri pada Januari 2010. Satu lagi kelas dibuka menjadikan 5 kelas bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Oleh yang demikian jumlah PPM juga ditambah seorang dari 3 ke 4 orang. Sehingga Julai 2010 jumlah pelajar PKBP SK CVS sejumlah 31 orang, 7 guru dan 4 Pembantu Pengurusan Murid.


VISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara


MISI
Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, Berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

  
MOTTO
Kecermelangan insan istimewa kegemilangan bersama







0 comments: